SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sentuhan wanita dalam dunia bank SG

Sentuhan wanita dalam dunia bank SG

Mar 18, 2018 | 5:30 AM

Sentuhan wanita dalam dunia bank SG

PENGURUS DI BANK TERKEMUKA: Cik Rashida didorong kemajuan kakitangannya di OCBC dan berharap dapat menyuntik kelainan dalam kehidupan mereka. Beliau ditemui di ibu pejabat OCBC, Chulia Street, dalam wawancara khas bersama Berita Minggu baru-baru ini. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN
PENGURUS DI BANK TERKEMUKA: Cik Rashida didorong kemajuan kakitangannya di OCBC dan berharap dapat menyuntik kelainan dalam kehidupan mereka. Beliau ditemui di ibu pejabat OCBC, Chulia Street, dalam wawancara khas bersama Berita Minggu baru-baru ini. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -

CIK Rashida Ismail merupakan sebahagian kumpulan kecil wanita Melayu yang berjaya dalam dunia perbankan.

Malah, mereka memegang jawatan kanan lagi penting dalam sektor tersebut.

Jumlah kakitangan yang dipimpin Cik Rashida pula mencecah sekitar 100 orang.

Beliau, 41 tahun, merupakan Naib Presiden (VP) berjawatan Ketua Perniagaan dalam bahagian Perniagaan Baru, Perbankan Perniagaan Global, di Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC).

Antara lain, beliau bertugas melakar strategi, menawarkan pinjaman bank kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) dan memproses kemajuan.

Beliau juga bertanggungjawab membimbing dan memberi dorongan kepada pekerja baru.

"Inilah jawatan yang paling mengghairahkan buat diri saya. Saya gembira jawatan ini menawarkan peluang dan mendorong kami maju ke depan," ujarnya.

Wawancara bersamanya telah diadakan di pejabat OCBC, di Chulia Street baru-baru ini.

Berita Minggu difahamkan ada dua lagi 'banker' wanita Melayu berpangkat sama tinggi di Singapura - pegawai pematuhan jenayah kewangan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) dan pegawai jabatan cukai The Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ).

Menariknya, Cik Rashida, siswazah pengajian perniagaan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), datang juga daripada 'keluarga kewangan'.

Ayahnya, Allahyarham Ismail Kadir, mantan pegawai Bank Negara Indonesia (BNI) yang berkhidmat dalam bahagian kredit sehingga berusia 50-an tahun.

Abang Cik Rashida, Encik Mohd Nasser, 45 tahun, pula ketua kemajuan pasaran modal Bursa Singapura (SGX).

"Sejak zaman sekolah rendah, saya memang mahu bekerja di bank.

"Ayah berwawasan. Saya sangat mengaguminya dan cara beliau menjalani kehidupan," ujar Cik Rashida.

"Inilah jawatan yang paling mengghairahkan buat diri saya. Saya gembira jawatan ini menawarkan peluang dan mendorong kami maju ke depan." - Cik Rashida Ismail, Naib Presiden (VP) berjawatan Ketua Perniagaan dalam bahagian Perniagaan Baru, Perbankan Perniagaan Global, di OCBC.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg