Seorang lagi pesakit yang alami kesan sampingan serius akibat vaksin Covid-19 terima pampasan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang lagi pesakit yang alami kesan sampingan serius akibat vaksin Covid-19 terima pampasan

Aug 18, 2021 | 5:30 AM

Seorang lagi pesakit yang alami kesan sampingan serius akibat vaksin Covid-19 terima pampasan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
1c777b62-36ac-4120-8f8d-d8a539fb3c30
-

DUA pesakit yang mengalami kesan sampingan serius berhubung vaksin Covid-19, masing-masing telah menerima bayaran tertinggi $225,000 dalam bentuk bantuan kewangan pemerintah buat masa ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Salah seorang daripada mereka ialah budak lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Budak lelaki itu pada masa ini sedang menjalani pemulihan di tempat rawatan.

"Bayaran Tier 1 sebanyak $225,000 ini telah diberikan kepada dua pemohon buat masa ini, termasuk kes itu," kata jurucakap MOH, merujuk kepada kes melibatkan budak lelaki tersebut.

Jurucakap itu tidak memberikan butiran mengenai kes kedua dan sama ada ia berhubung vaksinPfizer-BioNTech/Comirnaty.

Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (Vifap) yang dilancarkan awal tahun ini, bayaran sekali akan diberikan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan perubatan ketara.

Ini adalah untuk memberikan ketenangan kepada mereka yang mendapatkan vaksin Covid-19.

MOH, menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), berkata ia telah membayar atau sedang membayar sejumlah $782,000 kepada 144 pemohon yang telah dinilai memenuhi kriteria kelayakan bagi Vifap.

MOH berkata kelmarin, bahawa budak lelaki berusia 16 tahun itu dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

Budak lelaki itu, pada masa ini, sedang menjalani pemulihan dan boleh melakukann kegiatan harian tanpa bantuan orang lain.

Budak lelaki berusia 16 tahun itu rebah di rumah menyusuli satu sesi angkat berat di gimnasium pada 3 Julai, enam hari selepas dia menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Dia telah mengalami myocarditis akut yang teruk, iaitu otot jantung yang meradang, yang menyebabkan serangan jantung.

Kelmarin, MOH berkata myocarditis kemungkinannya adalah keadaan teruk dan serius yang berlaku disebabkan vaksin, yang telah menjadi lebih teruk apabila budak lelaki itu melakuan angkat berat dan minum minuman tenaga dan suplemen yang mengandungi kafein.

Di laman webnya, MOH berkata jumlah bantuan kewangan yang diberikan menerusi Vifap adalah tetap dan bergantung pada betapa serius kesan sampingan yang dialami.

Tiga kesan sampingan ini dikumpulkan mengikut tiga kategori.

Kategori pertama, yang menyebabkan kematian atau menyebabkan keadaan kurang upaya tetap, diperuntuk bayaran sekali $225,000.

Kategori kedua pula, yang diperuntuk bagi kes-kes di mana pesakit dimasukkan ke wad jagaan rapi dan menyusuli itu pulih, diperuntuk bayaran $10,000.

Kes ketiga, bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan, dan menyusuli itu pulih, diperuntuk bayaran $2,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg