Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang pekerja asing maut, 16 cedera dalam nahas PIE

Apr 21, 2021 | 5:30 AM
KEMALANGAN MAUT: Sebuah video di Facebook menunjukkan keadaan jalan raya ekoran insiden itu. Beberapa lelaki dilihat terbaring di jalan raya, dengan sekurang-kurangnya dua ambulans dan sebuah lori bomba di tempat kejadian. - Foto TANGKAP SKRIN DARIPADA FACEBOOK
KEMALANGAN MAUT: Sebuah video di Facebook menunjukkan keadaan jalan raya ekoran insiden itu. Beberapa lelaki dilihat terbaring di jalan raya, dengan sekurang-kurangnya dua ambulans dan sebuah lori bomba di tempat kejadian. - Foto TANGKAP SKRIN DARIPADA FACEBOOK -

SEORANG pekerja migran penumpang belakang sebuah lori meninggal dunia setelah kenderaan itu bertembung dengan sebuah trak jongket tidak bergerak di Ekspreswe Pan Island (PIE) pagi semalam.

Lelaki tersebut, 33 tahun, antara 17 pekerja migran yang menjadi penumpang lori tersebut. Beliau meninggal dunia di hospital.

Pemandu lori itu, 36 tahun, ditangkap kerana disyaki memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang nahas di PIE menghala ke Lapangan Terbang Changi, sebelum susur keluar ke Jalan Bahar, itu pada 6.06 pagi.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dua orang dijumpai terperangkap di bahagian belakang lori itu dan mereka diselamatkan dengan menggunakan peralatan hidraulik.

Semua penumpang lori itu, berusia antara 23 tahun hingga 46 tahun, dibawa ke Hospital Universiti Nasional dan Hospital Besar Ng Teng Fong.

Polis berkata dua pekerja berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kemalangan tersebut.

Sebuah video di Facebook semalam menunjukkan keadaan jalan raya ekoran insiden itu. Beberapa lelaki dilihat terbaring di jalan raya, dengan sekurang-kurangnya dua ambulans dan sebuah lori bomba di tempat kejadian.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga Pioneer Road North, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam laporannya, The Straits Times berkata kesemua penumpang lori itu difahami ialah pekerja asing syarikat Bright Asia Construction.

Ketika dihubungi akhbar itu, seorang lelaki daripada syarikat tersebut berkata siasatan sedang dijalankan dan beliau enggan mengulas lebih lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg