Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang wanita dan seorang remaja 14 tahun dibawa ke hospital selepas 9 kenderaan berlanggar di KPE

Oct 28, 2022 | 5:32 PM
Kemalangan di KPE itu melibatkan lapan kereta dan sebuah van. - Foto FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS
Kemalangan di KPE itu melibatkan lapan kereta dan sebuah van. - Foto FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS -

Seorang gadis berusia 14 tahun dibawa ke hospital selepas satu kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) pada Khamis (27 Okt). Kemalangan itu melibatkan lapan kereta dan sebuah van, dan berlaku di laluan ke arah Ekspreswe Tampines (TPE) selepas susur keluar Bartley Road East, kata polis, yang dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 4.45 petang. Seorang wanita berusia 40 tahun - pemandu salah satu kereta - dan gadis itu, penumpang dalam salah satu kenderaan, kedua-duanya dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Pemandu dua kereta - seorang lelaki berusia 54 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun - bersama pemandu van, 43 tahun, sedang membantu polis dalam siasatan mereka. Dalam satu video yang disiarkan pada Khamis di Facebook di laman Singapore Roads Accident, lapan daripada kenderaan itu boleh dilihat tersadai selepas berlanggar di lorong kedua dari kiri ekspreswe itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg