Topik diikuti
Pergi ke BHkuSerangan bom di Filipina: Vivian utus takziah
Serangan bom di Filipina: Vivian utus takziah
Serangan bom di Filipina: Vivian utus takziah
MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengirim ucap takziah kepada Filipina di atas kejadian dua serangan bom di Jolo sekitar wilayah Sulu, Filipina pada 24 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat petang (29 Ogos), Dr Balakrishnan yang menulis kepada Setiausaha Ehwal Luar Filipina, Encik Teodoro L. Locsin Jr., melahirkan rasa sedihnya dengan kehilangan tragik nyawa dalam dua serangan tersebut.
Beliau mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka dengan harapan mereka yang cedera dalam kejadian itu akan cepat sembuh.
"Singapura mengecam keras tindakan pengganasan terhadap orang awam yang tidak berdosa ini, dengan kejadian ini dianggap amat kejam dengan dunia termasuk Filipina sendiri berdepan dengan pandemik Covid-19. Kami yakin pihak berkuasa Filipina akan dengan pantas mampu memantapkan keadaan di Jolo serta membawa pelaku serangan ini ke muka pengadilan. Ingatan kami pada masyarakat Filipina dalam tempoh sukar ini," tulis Dr Balakrishan.
15 orang terbunuh dalam kejadian itu yang dikaitkan dengan dua balu militan ISIS. 75 yang lain cedera.