SERANGAN di sebuah gereja Perancis kelmarin amat dikesali dan mengecewakan, lebih-lebih lagi dalam bulan Rabiulawal sedang umat Islam di serata dunia memperingati sikap rahmah Rasulullah kepada semua tidak kira agama, kata asatizah dan pengamat setempat.
Prihatin tentang ketegangan yang semakin meningkat di negara itu yang boleh mencetuskan lagi rasa permusuhan dan perpecahan, mereka turut menggesa agar Islamofobia dan fahaman lampau ditangani, serta jalinan antara agama diperkukuh.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg