DUA lelaki yang terlibat dalam satu serangan menggunakan pisau di satu acara perkahwinan di Boon Lay telah dijatuhi hukuman penjara dan disebat.
Hari ini (30 November) Muhammad Sajid Saleem, 21 tahun dipenjara tiga tahun dan enam kali sebatan dengan rotan.
Dia mengaku bersalah pada 2 November lalu atas satu kesalahan setiap satu menjadi anggota kongsi gelap dan menyebabkan kecederaan denan sengaja menggunakan senjata.
Rakan subahatnya yang berusia 20 tahun dihukum penjara tiga tahun dan tiga bulan serta enam sebatan dengan rotan.
Dia juga didenda $1,800 dan diharamkan memegang atau mendapatkan sebarang kelas lesen memandua selama setahun daripada tarikh pembebasannya.
Pesalah yang lebih muda itu telah mengaku bersalah atas enam tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja menggunakan senjata merbahaya, menjadi anggota kumpulan haram dan ugutan jenayah.
Dia tidak boleh dinamakan memandangkan dia berusia sekitar 14 tahun semasa kali pertama terlubat dalam kegiatan berkaitan kongsi gelap pada 2016.
Mereka yang lakukan kesalahan sebelum berusia 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.
Pasangan itu bertemu pada 2016 dan berhubungan empat tahun kemudian dan menyedari yang mereka anggota kumpulan kongsi gelap yang sama.
Mereka bersetuju menyokong satu sama lain sekiranya salah seorang berhadapan sebarang masalah dengan pihak-pihak ketiga.
Dua bulan sebelum serangan itu, Sajid menjadi marah pada Februari 2022 selepas temanitanya menghantar mesej kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Praveen Raj Chanthiran, 23 tahun.
Sehari sebelum kejadian (5 April), Sajid dan rakannya itu telah berpakat untuk pergi ke sana kerana mereka tahu lelaki yang bercakap dengan temanitanya itu akan berada di majlis perkahwinan itu.
Mereka membawa dua pisau roti sepanjang 23.5 sentimeter dan menyerang dua tetamu di majlis berkenaan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg