Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesak besar di KJE susuli kemalangan

Jul 25, 2016 | 10:51 AM
Kemalangan semasa waktu sibuk pagi itu berlaku di KJE arah ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) selepas susur keluar Brickland Road.
Kemalangan semasa waktu sibuk pagi itu berlaku di KJE arah ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) selepas susur keluar Brickland Road. - GAMBAR TWITTER/@DIDIRYNTT

SATU kesesakan besar berlaku di Ekspreswe Kranji (KJE) pada pagi Isnin (25 Julai) berikutan kemalangan serius antara sebuah kereta dan motosikal.

Kemalangan semasa waktu sibuk pagi itu berlaku di arah ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) selepas susur keluar Brickland Road.

Dalam tweet pada 5.54 pagi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengelakkan lorong 1 dan 2 pada bahagian KJE itu.

Dalam tweet berikutnya pada 8.36 pagi, ia berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan hingga ke pintu masuk Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

Polis berkata dalam laman Facebook pada 8.58 pagi bahawa semua jalan telah dibuka kembali kepada lalu lintas.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @didiryntt menunjukkan khemah biru polis didirikan di depan kereta terlibat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg