Topic followed successfully
Go to BHkuSesak di PIE gara-gara nahas treler dengan kereta
Sesak di PIE gara-gara nahas treler dengan kereta
Sesak di PIE gara-gara nahas treler dengan kereta
KENDERAAN 'merangkak' di jalan raya setelah kemalangan yang melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta berlaku sebelum tengah hari semalam di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).
Polis berkata pihaknya dimaklumkan pada 11.03 pagi mengenai kemalangan berhampiran susur keluar Thomson Road menghala ke Tuas. Tiada tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam satu rakaman dalam talian mengenai kejadian itu, ratusan kereta kelihatan tersekat di belakang lori yang tidak bergerak hingga menghalang pergerakan di tiga lorong lebuh raya itu.
Menurut laporan The Straits Times, pemandu terpaksa menggunakan lorong pertama untuk melepasi treler itu sebelum pihak berkuasa tiba.
Kesesakan itu dilihat sepanjang jalan melepasi bahagian PIE berhampiran Sekolah Rendah St Andrew, lebih dari tiga kilometer daripada kejadian itu, menurut satu lagi video yang dimuat naik di media sosial.
Sekitar 11.15 pagi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan pengguna jalan raya mengenai kemalangan tersebut, dan menasihati mereka dalam beberapa tweet di laman Twitter untuk mengelak lorong dua hingga empat.
Polis berkata siasatan mengenai kemalangan itu sedang dijalankan.

