Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesak dijangka di Woodlands, Tuas sempena hujung minggu panjang dan cuti sekolah

Aug 28, 2023 | 4:08 PM
CUTI PANJANG: Pelancong harus bersiap sedia untuk menunggu lebih lama untuk memasuki Malaysia.
CUTI PANJANG: Pelancong harus bersiap sedia untuk menunggu lebih lama untuk memasuki Malaysia. - Foto ST

Mereka yang ingin ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat semasa cuti sekolah September dan hujung minggu ini dinasihati mengambil kira masa perjalanan lebih lama.

Pada cuti sekolah Jun, pelancong beratur hingga tiga jam untuk memasuki Malaysia dan keadaan serupa dijangka di kedua-dua pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu nasihat yang dikeluarkan pada Isnin.

Menukil angka daripada cuti sekolah Jun, ICA berkata berlaku “trafik sesak berterusan” apabila hampir 250,000 pelancong melalui kedua-dua pusat pemeriksaan itu pada permulaan cuti pada 1 Jun.

“Semasa tempoh hujung minggu dari 16 hingga 18 Jun, lebih 1.2 juta pelancong, dengan purata lebih 400,000 lintasan sehari, menggunakan pusat pemeriksaan darat,” kata ICA lagi.

“Mereka yang memandu kereta terpaksa menunggu hingga tiga jam sebelum melepasi imigresen pada waktu sibuk.”

Hari Mengundi bagi pilihan raya presiden pada 1 September ialah cuti umum. Cuti sekolah pula dari 2 hingga 10 September. Hari Guru pada 11 September.

Pemandu boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui akaun Facebook dan X ICA, serta menerusi siaran radio.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg