Sesak teruk tiga jam akibat nahas di pusat pemeriksaan Tuas
Premium
Sesak teruk tiga jam akibat nahas di pusat pemeriksaan Tuas
Satu maut, dua cedera dalam kemalangan libatkan dua motosikal dan sebuah lori
Dec 7, 2016 | 5:30 AM
KESESAKAN TERUK: Kemalangan di Tuas pada awal pagi semalam menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berlarutan sekitar tiga jam. - Foto LTA -
SEORANG penunggang motosikal maut sementara dua lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Pusat Pemeriksaan Imigresen Tuas semalam, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar tiga jam pada tempoh sibuk di sebelah pagi.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan bagi bantuan ambulans pada 5.09 pagi.

