Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesi dialog pasca Rapat Hari Kebangsaan diadakan

Aug 31, 2021 | 10:30 PM
39b2392d-5ebf-40bc-a1d1-ed44a9b14971
-

LEBIH 250 belia menghadiri sesi dialog berkenaan isu yang ditimbulkan di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Selasa (31 Ogos) anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) Persatuan Rakyat (PA). Sesi yang diadakan secara dalam talian dan juga fizikal itu merupakan yang pertama daripada siri tiga sesi dialog yang bakal diadakan dalam tempoh tiga minggu. Sesi malam tadi turut disokong Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dengan anggota panel yang terdiri daripada Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Rahayu Mahzam, Anggota Parlimen (GRC Ang Mo Kio) Cik Nadia Samdin dan AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha. Sesi fizikal diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS). Dialog tersebut bertujuan membuka ruang bagi belia serta pemimpin masyarakat memberikan pandangan serta maklum balas, serta mendapatkan penjelasan daripada anggota panel berkaitan isu yang relevan kepada masyarakat Melayu/Islam di sini. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha PA Mesra untuk menghubungkan pemerintah dan anggota masyarakat. Secara keseluruhan, lebih 500 peserta yang terdiri daripada sukarelawan M3@Bandar, sukarelawan akar umbi Melayu/Islam, pemimpin agama dan masyarakat, wakil badan-badan Melayu Islam dan juga belia dijangka menghadiri tiga sesi dialog itu. Kesemua dialog dianjurkan secara hibrid melalui Zoom dan juga secara fizikal. Sesi seterusnya akan diadakan pada Rabu 8 September 8 hingga 9.30 malam yang melibatkan anggota panel yang terdiri daripada Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat. Sesi terakhir pula dijangka berlangsung pada Jumaat 10 September dengan anggota panel termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia dan Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad dan Mayor Daerah South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg