Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesi meja bundar dapat perkukuh kerjasama S'pura-India

Sep 21, 2022 | 7:40 PM
HUBUNGAN DUA HALA: Encik Wong (kanan) yang bertemu dengan Menteri Tenaga India, Encik R. K. Singh, berbincang tentang cara untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang seperti tenaga yang boleh diperbaharui dan hidrogen hijau. - TWITTER LAWRENCE WONG
HUBUNGAN DUA HALA: Encik Wong (kanan) yang bertemu dengan Menteri Tenaga India, Encik R. K. Singh, berbincang tentang cara untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang seperti tenaga yang boleh diperbaharui dan hidrogen hijau. - TWITTER LAWRENCE WONG -

PERTEMUAN meja bundar peringkat menteri yang baru antara Singapura dengan India akan membolehkan kedua-dua negara memperkukuh hubungan mereka dalam pelbagai aspek dan saling meraih manfaat dengan bekerjasama, ujar Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa (20 Sep). Kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama baru termasuk keselamatan makanan dan tenaga, teknologi hijau khususnya hidrogen hijau, keterhubungan digital serta pembangunan kemahiran, tambahnya. "Kami mengalu-alukan Meja Bundar Menteri India-Singapura (ISMR) sebagai wadah baru bagi kedua-dua pihak bertemu secara kerap untuk menyelaras dan menyelia bidang kerjasama yang baru ini. "Kami harap bidang kerjasama antara India dengan Singapura bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua negara tetapi boleh menjadi pemangkin dan membuka laluan bagi kerjasama yang lebih meluas di wadah berbilang hala. "Dengan cara ini, India dan Singapura boleh memainkan peranan bersama untuk menjamin Asia-Pasifik yang lebih stabil dan makmur," ujar Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian kepada media Singapura di akhir lawatan lima hari beliau ke India.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg