Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesi pertama YOUth@M3 di Jalan Besar galak belia sumbang pada masyarakat

Feb 19, 2023 | 5:30 AM
SESI YOUth@M3: Dr Wan Rizal Wan Zakariah, penasihat M3@Jalan Besar di Kelab Masyarakat Kolam Ayer yang menjadi hos sesi tersebut. - FACEBOOK DR WAN RIZAL
SESI YOUth@M3: Dr Wan Rizal Wan Zakariah, penasihat M3@Jalan Besar di Kelab Masyarakat Kolam Ayer yang menjadi hos sesi tersebut. - FACEBOOK DR WAN RIZAL -

SESI pertama YOUth@M3 di M3@Jalan Besar telah diadakan pada 18 Februari dalam usaha menjalin rangkaian bersama pelajar institut pengajian tinggi dan ibu bapa mereka.

Dr Wan Rizal Wan Zakariah, penasihat M3@Jalan Besar, di Kelab Masyarakat Kolam Ayer, yang menjadi hos sesi itu berkata acara sedemikian membolehkan potensi belia dikenal pasti supaya boleh dimanfaatkan sebagai aset masyarakat.

Ia juga bertujuan menggalak mereka memberi sumbangan yang positif kepada masyarakat Melayu/Islam.

"Melalui perkongsian dengan peserta dan 'perpustakaan manusia', kami mahu para belia memanfaatkan sumber yang ada dan kembali sebagai mentor untuk membantu lebih ramai lagi mencapai kejayaan.

"Usaha sukarelawan ini dapat membantu belia kita membina modal sosial dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencapai aspirasi mereka," kata beliau dalam satu catatan Facebook.

Misalnya, sekumpulan sukarelawan belia MudaSG telah berkongsi tentang usaha mereka untuk menyokong dan mendekati penduduk muda serta keluarga daripada Projek Dian, iaitu satu daya usaha yang memberi sokongan kepada keluarga yang tinggal di flat sewa.

Sejak 2019, Mendaki telah menganjurkan sesi sedemikian bersama 11 M3@Bandar bagi mendekati pelajar institut pengajian tinggi yang telah menerima Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) dan juga anugerah daripada Mendaki.

Sejauh ini, lebih 1,700 pelajar dan ibu bapa mereka telah menyertai sesi tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg