Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesi tafakur buat kembar yang disyaki mati dibunuh

Jan 24, 2022 | 5:30 AM
TURUT BERSEDIH: Beberapa pemimpin antara agama hadir di sesi bertafakur di tempat di mana mayat pasangan kembar lelaki 11 tahun ditemui. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
TURUT BERSEDIH: Beberapa pemimpin antara agama hadir di sesi bertafakur di tempat di mana mayat pasangan kembar lelaki 11 tahun ditemui. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SATU sesi bertafakur antara agama telah diadakan berdekatan dengan longkang besar di Greenridge Crescent pagi semalam, di mana dua mayat pasangan kembar lelaki 11 tahun telah dijumpai.

Wakil daripada enam pertubuhan keagamaan, termasuk Imam dan Pengerusi dari Masjid Al-Huda, Encik Mohd Idris Mohd Khair; Venerable Rui Zhen daripada Kuil Beeh Low See dan Encik Francis Lim daripada Gereja St Ignatius, dilihat bertafakur berdekatan dengan longkang besar dekat Upper Bukit Timah di mana mayat itu ditemui pada malam Jumaat lalu.

Sekitar 20 penduduk dan Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah, Cik Sim Ann, juga hadir dalam sesi tersebut.

Semasa pembukaan sesi itu, Cik Ann berkata:

"Meski kita tidak mengenali mereka secara peribadi, kematian mereka memang menyayat hati, terutama bagi mereka yang merupakan ibu bapa. Ia merupakan pemergian yang tidak diduga.''

Kelmarin, bapa kanak-kanak tersebut, seorang lelaki berusia 48 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat dalam kematian dua anak lelakinya.

Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg