Lebih banyak hab pengecasan pantas bagi kenderaan elektrik (EV) bakal dibina agar setiap estet HDB akan mempunyai sekurang-kurangnya satu hab sedemikian menjelang akhir 2027.

Setiap hab akan dilengkapi dengan sekurang-kurangnya enam tempat pengecasan pantas.

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengutamakan pembinaan hab tersebut di kawasan yang mempunyai permintaan pengecasan EV lebih tinggi dan kapasiti elektrik yang mencukupi, seperti tempat letak kereta berhampiran Compass One di Sengkang, pasar Macpherson dan Plantation Plaza di Tengah.