Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Setiap warga boleh sumbang kepada Wakaf Masyarakat S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap warga boleh sumbang kepada Wakaf Masyarakat S’pura

Pengamal undang-undang, pemerhati ulas usaha tubuhkan wakaf masyarakat
Feb 24, 2024 | 05:31 AM



Pembentukan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) untuk memenuhi keperluan sosioagama masyarakat Islam pada masa hadapan bukan sahaja suatu daya yang disasarkan buat orang kaya atau berada.

Malah, ia juga dibuka buat masyarakat Islam Singapura secara umum, tidak kira latar belakang dan status sosioekonomi mereka demi membina warisan agama dan negara.

Demikian dikongsi beberapa pengamal undang-undang dan pemerhati bersama Berita Harian (BH) ketika mengulas tentang usaha untuk menubuhkan sebuah wakaf berasaskan sumbangan kolektif seluruh masyarakat Islam di Singapura.


Pada 5 Februari, Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) yang kini merangkumi perundangan berkenaan penubuhan, peranan dan pengurusan WMS.

Ia juga memberi kuasa kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menubuhkan dan menguruskan sebuah dana yang boleh menyokong pelbagai keperluan masyarakat Islam di Singapura yang bakal menelan perbelanjaan modal yang tinggi.

Antaranya adalah untuk membayar kos pembaharuan pajakan tanah bagi masjid-masjid dan madrasah tempatan, kos peningkatan institusi agama dan juga menyokong pembangunan asatizah.

Ia amat berbeza dengan wakaf tradisional, yang diwujudkan oleh individu Muslim dan diwasiatkan untuk tujuan tertentu seperti yang ditetapkan oleh penderma.

“Wakaf tradisional diwariskan oleh dermawan Islam dahulu untuk tujuan tertentu seperti pembinaan masjid atau madrasah, dan juga untuk ahli keluarga mereka.

“Namun, buat masa kini, amat mencabar mewujudkan wakaf baru kerana harga tanah yang lebih tinggi yang boleh diwarisi oleh bakal dermawan.

“Keperluan masyarakat Islam di Singapura juga akan meningkat dari semasa ke semasa, justeru kita memerlukan suatu inisiatif strategik seperti WMS,” kata anggota Lembaga Institut Timur Tengah, Universiti Nasional Singapura (NUS), yang juga anggota Panel Penasihat Masyarakat WMS, Encik Fazlur Rahman Kamsani.

WMS bertujuan mengumpul aset kewangan individu, korporat dan organisasi sebagai sebuah dana terkumpul untuk umat Islam di Singapura dan memberi mereka peluang untuk meraih manfaat daripada sumbangan mereka.

Ia juga bertujuan menggalakkan kemampanan sosial dan memelihara keselamatan kewangan masyarakat Islam Singapura agar dapat berdikari untuk membiayai keperluan masyarakat sendiri.

“WMS akan menghidupkan kembali semangat dan warisan wakaf kerana warga Islam di Singapura akan dapat menyumbang dan meraih manfaat, berbanding dengan wakaf tradisional.

“Mereka dapat menyumbang wang tunai atau harta, atau dengan membuat pencalonan Tabung Simpanan Pekerja (CPF),” kata Encik Fazlur Rahman.

Penganalisis kanan ehwal antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr Mustafa Izzuddin, berkata penubuhan WMS adalah wajar kerana ia memberi pilihan kepada semua lapisan masyarakat Islam di Singapura, tanpa memaksa, untuk menyumbang kepada WMS.

“Ia memberi pilihan kepada masyarakat Islam Singapura untuk membina dana masyarakat yang besar melalui sumbangan sukarela mereka.

“Untuk WMS berjaya secara mampan, ia memerlukan Muis dan warga Islam Singapura, untuk bekerjasama dengan cara yang teratur, agar dapat mengukuhkan kompak sosial antara pemerintah dan masyarakat Islam,” kata Dr Mustafa.

Beliau berkata apa yang penting bukanlah sekadar jumlah sumbangan, sebaliknya ialah semangat untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif murni yang boleh memberi manfaat kepada semua orang dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >