SETIAUSAHA Tetap bagi kesemua 16 kementerian dan beberapa portfolio di Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan diberi kuasa menteri di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) dalam tempoh pilihan raya. Di bawah Pofma, apabila writ pilihan raya dikeluarkan, menteri tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan di bawah Akta itu, tetapi kuasa itu dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa pengganti - seorang pegawai perkhidmatan awam kanan yang masing-masing menteri telah lantik sebelumnya. Tempoh pilihan raya, seperti yang ditetapkan di bawah Akta itu, bermula pada hari writ dikeluarkan dan berakhir dengan penutupan Hari Mengundi. Pemberitahuan mengenai pelantikan pihak berkuasa pengganti diterbitkan dalam Warta Pemerintah semalam, hari yang sama Jabatan Pilihan Raya menetapkan prosedur pengundian dan pencalonan selamat sekiranya pilihan raya umum diadakan semasa pandemik Covid-19. Pemberitahuan Warta yang diterbitkan semalam itu tidak menyatakan tarikh tertentu bila pilihan raya seterusnya akan diadakan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg