SFA siasat kes proses kerang, simpan daging, makanan laut secara tidak sah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SFA siasat kes proses kerang, simpan daging, makanan laut secara tidak sah

Aug 28, 2021 | 5:30 AM

SFA siasat kes proses kerang, simpan daging, makanan laut secara tidak sah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KHIDMAT DIGANTUNG: Penjualan dan pengedaran kerang, makanan laut dan daging dari premis pemprosesan kerang tanpa izin dan ruang sejuk di Woodlands ini melibatkan 1,040 kilogram kerang dan 6,160 kilogram daging dan produk makanan laut yang turut dirampas. - Foto SFA
KHIDMAT DIGANTUNG: Penjualan dan pengedaran kerang, makanan laut dan daging dari premis pemprosesan kerang tanpa izin dan ruang sejuk di Woodlands ini melibatkan 1,040 kilogram kerang dan 6,160 kilogram daging dan produk makanan laut yang turut dirampas. - Foto SFA -

AGENSI Makanan Singapura (SFA) sedang menyiasat kes pemprosesan kerang, dan penyimpanan daging dan produk makanan laut secara tidak sah.

SFA dalam satu kenyataanya semalam berkata, pegawainya pada 25 Ogos lalu, telah mendapati operasi memproses kerang dibuat secara tidak sah di sebuah premis di Woodlands Loop.

Premis itu juga digunakan sebagai penyimpan sejuk untuk produk daging dan makanan laut.

SFA merampas 1,040 kilogram kerang yang diproses secara tidak sah dan 6,160 kilogram makanan laut dan produk daging.

SFA telah mengeluarkan arahan untuk menggantung pemprosesan, penjualan dan pengedaran kerang, makanan laut dan produk daging daripada pengendali terkait. Tindakan penguatkuasaan juga diambil.

Semua pengusaha makanan diingatkan agar mendapatkan lesen perniagaan makanan yang betul dan sah untuk membekalkan makanan kepada perniagaan lain.

Pemprosesan makanan dan penyimpanan daging dan produk makanan laut di premis tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.

Di bawah Akta Penjualan Makanan dan Akta Daging dan Ikan Berkhasiat, kemudahan memproses makanan dan penyimpan sejuk untuk produk daging dan makanan laut hanya boleh dikendalikan dengan lesen yang sah.

Mereka yang didapati bersalah melanggar akta tersebut boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg