Premium
SG antara 15 negara meterai pakatan dagang terbesar
Nov 16, 2020 | 5:30 AM
DEMI KEMAJUAN EKONOMI: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing (duduk) menandatangani perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang melibatkan 15 negara sambil disaksikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri) dan pemimpin negara lain menerusi video semalam. Majlis itu sebahagian Puncak Asean ke-37 dan persidangan berkaitan. - Foto MCI -
SEBANYAK 15 negara Asia Pasifik kini bersatu membentuk perjanjian perdagangan terbesar dan paling menyeluruh di dunia selepas Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) dimeterai semalam.
RCEP dijangka menghasilkan lebih banyak peluang dagang, meningkatkan keyakinan menjalankan perniagaan dan merangsang pemulihan ekonomi ekoran pandemik Covid-19.

