SG perlu kekal terhubung dengan dunia sambil lindungi rakyat: PM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SG perlu kekal terhubung dengan dunia sambil lindungi rakyat: PM

Tidak dapat halang segelintir individu terjangkit masuk S'pura tapi harus upaya kesan, asing dan rawat kes bagi cegah wabak teruk
Jun 1, 2021 | 5:30 AM

SG perlu kekal terhubung dengan dunia sambil lindungi rakyat: PM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SITUASI TERKINI PANDEMIK: Orang awam menonton ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang ditayang secara live di Our Tampines Hub semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM
SITUASI TERKINI PANDEMIK: Orang awam menonton ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang ditayang secara live di Our Tampines Hub semalam. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

WALAUPUN pandemik Covid-19 global akan reda, koronavirus itu tidak akan hilang sepenuhnya dan Singapura perlu meneruskan kehidupan dengan virus ini, termasuk kekal terhubung dengan dunia, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau turut menggariskan strategi negara ini bagi memastikan ia selamat dan dapat dibuka semula secara bertahap-tahap - menjalankan ujian serta pengesanan kes dengan lebih pantas dan meluas serta memberi vaksin kepada lebih ramai orang dengan lebih cepat.

Dalam ucapannya kepada rakyat yang disiarkan secara langsung semalam, Encik Lee berkata sedang Singapura hidup dengan Covid-19 yang endemik (penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu), negara ini juga memerlukan aliran bekalan makanan, barang keperluan, pekerja, perniagaan dan pelawat yang berterusan.

Oleh itu, Singapura perlu kekal terhubung dengan dunia sambil menetapkan langkah-langkah perlindungan dan sekatan berkesan di sempadan bagi melindungi rakyat.

"Kita tidak akan dapat menghalang segelintir individu yang dijangkiti daripada memasuki Singapura dari semasa ke semasa.

"Namun, selagi penduduk kita rata-rata sudah menerima suntikan vaksin, kita seharusnya berupaya mengesan, mengasingkan dan merawat kes yang timbul, dan mencegah bencana wabak virus teruk," ujar Encik Lee, sambil menambah bahawa ada kemungkinan rakyat Singapura harus mengambil suntikan tambahan setiap tahun.

Selain mempergiat pemberian vaksin, Encik Lee turut berkata penduduk perlu menjangka ujian menjadi suatu yang rutin dalam norma baru ini.

Ini sebahagian usaha mengesan kes Covid-19 dengan lebih cepat supaya mereka dan orang yang berhubungan dengan mereka dapat diasingkan dengan segera sebelum virus itu menular lebih luas.

"Mulai sekarang kami akan menjalankan ujian bukan bagi mengenal pasti rantaian jangkitan apabila muncul kes baru sahaja.

"Kami juga akan menjalankan ujian secara rutin dan kerap ke atas mereka yang pada zahirnya nampak sihat, dalam situasi biasa di tempat kerja, atau dalam persekitaran sosial atau masyarakat, demi memastikan tempat-tempat ini selamat," ujarnya.

Ujian lebih meluas sebegitu akan memberi Singapura keyakinan untuk menyambung semula acara atau perjumpaan berskala besar, seperti upacara keagamaan, perlawanan bola sepak, konsert, atau majlis perkahwinan kerana hadiarin boleh berasa lebih yakin acara tersebut selamat.

"Oleh itu, anda harus menjangka ujian rutin, berskala besar, pantas dan mudah akan menjadi sebahagian daripada kebiasaan baru kita," katanya.

Dalam norma baru ini, Encik Lee berkata negara yang bersatu padu, berdisiplin dan mengamalkan langkah perlindungan wajar akan dapat membuka semula ekonomi mereka, kembali terhubung dengan seluruh dunia, berkembang dan makmur.

Singapura akan menjadi salah sebuah negara itu, katanya.

"Tumpuan utama Singapura ialah mengharungi pandemik ini dan meletak negara kita pada kedudukan kukuh bagi masa depan, meskipun virus ini terus menular di sekeliling kita.

"Jika kita kekal bersatu padu dan terus bekerjasama, kita akan dapat membuka semula negara secara bertahap-tahap tidak lama lagi, dan mencapai matlamat kita," ujar Encik Lee.

"Tumpuan utama Singapura ialah mengharungi pandemik ini dan meletak negara kita pada kedudukan kukuh bagi masa depan, meskipun virus ini terus menular di sekeliling kita. Jika kita kekal bersatu padu dan terus bekerjasama, kita akan dapat membuka semula negara secara bertahap-tahap tidak lama lagi, dan mencapai matlamat kita." - Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg