Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shahrin Abdol Salam dinobat Jauhari BH, Shazza pula Jauhari Harapan BH 2023

Nov 3, 2023 | 9:30 PM
KEJAYAAN CEMERLANG: Encik Shahrin Abdol Salam menerima Anugerah Jauhari BH 2023 manakala Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff menerima Anugerah Jauhari Harapan BH 2023.
KEJAYAAN CEMERLANG: Encik Shahrin Abdol Salam menerima Anugerah Jauhari BH 2023 manakala Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff menerima Anugerah Jauhari Harapan BH 2023. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan Naib Presiden Kanan (Hubungan Strategik) SMRT Corporation, Encik Shahrin Abdol Salam, dan penyanyi serta penggubah lagu, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, masing-masing dinobat sebagai Jauhari dan Jauhari Harapan Berita Harian 2023.

Mereka diberikan anugerah tersebut pada majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian yang diadakan di Four Seasons Hotel Singapore pada Jumaat (3 Nov) dengan sokongan penyampai, FairPrice Group.

Encik Shahrin, 50 tahun, memulakan kerjayanya sebagai jurutera penyelenggaraan dengan SMRT pada 1997, dan kini mengetuai dan menguruskan seramai 1,200 kakitangan dan bertanggungjawab atas operasi, penyelenggaraan dan integrasi projek laluan MRT terbaru Singapura iaitu TEL.

Shazza, 22 tahun, pula merupakan artis wanita Singapura yang dipaparkan di papan iklan Times Square yang ikonik di New York City.

Beliau mewakili Singapura dan Malaysia, untuk menjayakan Kempen EQUAL Spotify yang menonjolkan artis wanita di wadah penstriman itu untuk memupuk kesaksamaan dalam industri muzik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg