Topik diikuti
Pergi ke BHkuShamsul tidak kekok keluar berkempen
Premium
Shamsul tidak kekok keluar berkempen
Mereka berada dalam kawasan panas dan pertarungan yang dihadapi cukup sengit. Sedang Parti Tindakan Rakyat (PAP) ingin kembali menguasai kelima-lima kerusi yang tewas, Parti Pekerja (WP) pula mahu mempertahankan GRC Aljunied yang menjadi kubu kuat mereka. Dalam persaingan itu, dua calon Melayu menjadi sorotan masyarakat: Encik Shamsul Kamar Mohamed Razali dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap. Ikuti wawancara Berita Harian bersama mereka. Laporan oleh CHAIRUL FAHMY HUSSAINI (chairul@sph.com.sg).
Sep 8, 2015 | 4:05 PM
Shamsul tidak kekok keluar berkempen
MUKA BARU DI ALJUNIED: Encik Shamsul Kamar mengedarkan risalah kepada penduduk yang dalam perjalanan ke stesen MRT Hougang semalam. - Foto-foto CHAIRUL FAHMY HUSSAINI -
DENGAN wajah yang tidak lekang senyuman, beliau mesra menyapa sesiapa sahaja yang berjalan di depannya.
"Selamat pagi... Zao an... Good morning... My name is Shamsul... nama saya Shamsul... Kami dari PAP... We are from the PAP," ujarnya sambil menghulurkan risalah parti kepada penduduk yang sedang bergegas ke stesen MRT Hougang setelah menyeberang jalan di Hougang Avenue 10, umumnya, untuk ke tempat kerja.
