Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam lawat Arab Saudi

Sertai acara Minggu Pertikaian Antarabangsa Riyadh
Mar 4, 2024 | 6:03 PM
Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang), Encik K. Shanmugam, berada di Riyadh, Arab Saudi, dari 4 hingga 7 Mac untuk menghadiri acara Minggu Pertikaian Antarabangsa Riyadh (RIDW).
Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang), Encik K. Shanmugam, berada di Riyadh, Arab Saudi, dari 4 hingga 7 Mac untuk menghadiri acara Minggu Pertikaian Antarabangsa Riyadh (RIDW). - Foto ST

Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang), Encik K. Shanmugam, sedang mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 4 hingga 7 Mac 2024 untuk menyertai acara Minggu Pertikaian Antarabangsa Riyadh (RIDW).

Diadakan buat julung-julung kalinya, platform antarabangsa itu menghimpunkan pemain utama dengan kepakaran dan pengetahuan dalam penyelesaian pertikaian komersial dan pelaburan, dan menampilkan pelbagai program dan acara yang meliputi topik berhubung timbang tara, pengantaraan, litigasi dan topik undang-undang lain.

Kementerian Undang-undang (MinLaw) dalam satu kenyataan berkata Encik Shanmugam akan menyertai dan bercakap di satu sesi perbincangan panel bertajuk, ‘Landskap Undang-Undang & Ekonomi – Trend Serantau dan Perspektif Antarabangsa mengenai Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) Komersial’ di Persidangan Antarabangsa Ketiga Pusat Timbang Tara Komersial Saudi (SCCA), iaitu acara utama RIDW, pada 6 Mac.

Encik Shanmugam akan disertai Menteri Keadilan Saudi, Dr Walid Mohammed Al-Samaani; Menteri Keadilan, Ehwal Islam dan Wakaf Bahrain, Encik Nawaf Al-Mowada; Setiausaha Agung Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA), Dr Hab. Marcin Czepelak; dan Naib Pengerusi SCCA, Encik Toby Landau, yang juga Naib Presiden Mahkamah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (SIAC) dan anggota lembaga Pusat Pengantara Antarabangsa Singapura (SIMC).

Pada 7 Mac, beliau akan menyertai satu sesi sembang tentang bagaimana penyelesaian pertikaian yang berkesan menyokong pertumbuhan di Singapura dan Riyadh.

Encik Landau akan menjadi moderator sesi sembang itu, yang diadakan dalam satu acara yang dianjurkan bersama oleh SIAC, SIMC dan Mahkamah Komersial Antarabangsa Singapura (SICC).

Selain itu, Encik Shanmugam akan menyampaikan ceramah bertajuk, ‘Tadbir Urus dan Kedaulatan Undang-Undang: Pengalaman Singapura’ di Universiti Al-Faisal pada 5 Mac.

Semasa lawatannya itu, Encik Shanmugam juga akan bertemu dengan rakan-rakan sejawat Arab Saudi dan pihak berkepentingan dalam kedua-dua kapasitinya sebagai Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang).

Beliau diiringi pegawai daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan MinLaw.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg