Topik diikuti
Pergi ke BHkuShanmugam lawat China, pertingkat kerjasama undang-undang dua hala
Shanmugam lawat China, pertingkat kerjasama undang-undang dua hala
Shanmugam lawat China, pertingkat kerjasama undang-undang dua hala
MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam membuat lawatan ke Shenzhen, Guangzhou dan Shanghai, China dari 5 hingga 13 Disember 2019. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini, Encik Shanmugam dijangka bertemu Menteri Undang-Undang China Fu Zhenghua di Guangzhou sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut. Pertemuan pada 9 Disember itu bertujuan untuk mengesahkan hubungan dua hala terutama langkah penting dalam kerjasama undang-undang antara kededua negara itu. Ini termasuk persetujuan antara Perdana Menteri China Li Keqiang dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada November 2018 untuk merangkumi kerjasama undang-undang dan kehakiman sebagai bidang kerjasama baru. Berdasarkan persetujuan untuk meningkatkan tahap kerjasama tersebut, kededua menteri itu dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan Pertukaran dan Kerjasama antara Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Kehakiman China. Ia bertujuan untuk menubuhkan Majlis Undang-Undang Singapura-China yang akan bertemu setiap dua tahun di China atau Singapura. Ini akan disertakan dengan mesyuarat antara kededua kementerian itu untuk mengendalikan aktiviti undang-undang di bawah naungan majlis tersebut.
Sebelum itu, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri lain di China.
Dalam satu pos di Facebook, Encik Shanmugam berkata: "Kami telah berbincang tentang hubungan rapat agensi kami dengan agensi di China.
"Selain mengesahkan lagi hubungan persahabatan, kami juga bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam latihan serta perkongsian pengalaman."