Topik diikuti
Pergi ke BHkuSheng Siong beri pekerja bonus hingga 16 bulan
Sheng Siong beri pekerja bonus hingga 16 bulan
KAKITANGAN pasar raya Sheng Siong yang layak akan menerima bonus sehingga 16 bulan, termasuk tambahan gaji tahunan (AWS) bagi 2020.
Ini setelah pengendali pasar raya tersebut menaikkan bonus berubah-ubah kepada 20 peratus daripada keuntungan syarikat sebelum cukai.
Dalam memorandum yang dihantar kepada kakitangannya minggu lalu, syarikat tersebut mengatakan bonus bumper itu adalah bagi mengiktiraf bahawa syarikat tersebut telah "menunjukkan prestasi yang sangat baik berbanding tahun-tahun sebelumnya" pada 2020, berikutan permintaan yang tinggi disebabkan pandemik Covid-19.
Jumlah bonus bagi kakitangan ialah antara 4.68 bulan bagi kakitangan sambilan yang layak (termasuk AWS) hingga 15.72 bulan bagi mereka pada peringkat penolong pengurus ke atas.
Sebahagian bayaran bonus telah diberikan tahun lalu, dengan bakinya akan diberikan pada Mac 2021.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2020, keuntungan bersih Sheng Siong meningkat 83.3 peratus kepada $107 juta dari tahun lalu; pendapatannya meningkat 44.6 peratus menjadi $1.07 bilion, lapor The Business Times.
Pada separuh pertama 2020, orang ramai yang perjalanan mereka tersekat akibat tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) telah membeli barang dapur dan masak lebih kerap di rumah disebabkan aturan kerja dari rumah.
Pada suku ketiga, permintaan masih kukuh meskipun CB telah berakhir kerana orang ramai masih bekerja dari rumah, kata Sheng Siong.