INDIVIDU berisiko dan keluarga mereka kini boleh mengikuti kursus siri Shiok untuk melengkapi diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran penting dalam usaha memperkukuhkan pembangunan keluarga masing-masing.

Program perintis itu, yang dikelolakan M Kuasa Tiga (M3) Jurong untuk penerima manfaat Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), telah dilancarkan di Kelab Masyarakat Taman Jurong semalam.