SHN dikurangkan kepada 14 hari, ujian Covid-19 ditambah bagi pelawat dari kawasan risiko tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SHN dikurangkan kepada 14 hari, ujian Covid-19 ditambah bagi pelawat dari kawasan risiko tinggi

Jun 24, 2021 | 5:30 AM

SHN dikurangkan kepada 14 hari, ujian Covid-19 ditambah bagi pelawat dari kawasan risiko tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
a759636e-6c64-4bd8-8733-0bd61dbe1494
-

SEMUA pelawat baru yang tiba di Singapura dari negara dan wilayah berisiko tinggi Covid-19 akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) lebih pendek 14 hari, tidak lagi 21 hari, di kemudahan khusus.

Peraturan itu berkuat kuasa mulai 11.59 malam semalam.

Namun, mereka perlu mengambil ujian pantas antigen (ART) menggunakan kit uji sendiri pada hari ketiga, ketujuh dan ke-11 SHN. Ini berkuat kuasa mulai 28 Jun.

Pelawat boleh mengambil kit uji sendiri di kemudahan SHN.

Tempat berisiko lebih tinggi termasuk semua negara atau wilayah kecuali Australia, Brunei, Hong Kong, Macao, China, dan New Zealand.

Langkah baru itu tidak dikenakan ke atas mereka yang sedang menjalani SHN 21 hari.

Tempoh kuarantin pelawat terjejas yang sedang menjalani SHN akan disemak dan mereka akan diberitahu tentang pengaturan bagi mereka keluar daripada SHN.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata semalam walaupun varian baru koronavirus Covid-19 lebih mudah menular, ia tidak menemui bukti - daripada data tempatan mahupun luar negara - bahawa tempoh inkubasi varian itu lebih panjang.

Menurut MOH, sejak SHN 21 hari dikenakan bagi semua pelawat yang mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara atau wilayah lebih berisiko pada 8 Mei, terdapat 270 kes import Covid-19 dalam kalangan mereka hingga kelmarin.

"Mereka semua mempunyai tempoh inkubasi dalam lingkungan 14 hari. Oleh itu, kami akan mengurangkan tempoh SHN dari 21 hari kembali kepada 14 hari," kata MOH.

Namun, untuk mengenal pasti kes jangkitan berpotensi sejak awal dan menyediakan secepat mungkin penjagaan perubatan sesuai kepada pengunjung yang dijangkiti, pengunjung perlu menguji diri mereka secara tetap menggunakan kit uji sendiri ART pada hari ketiga, ketujuh dan ke-11 semasa SHN.

Ini di samping ujian reaksi berantai polimerase (PCR) Covid-19 yang mereka perlu ambil setiba di sini, dan pada hari ke-14, sebelum selesai menjalani SHN.

MOH semalam juga berkata pelawat yang berada di Taiwan dan Israel 21 hari sebelum tiba di sini akan dibenarkan memohon tidak dimasukkan ke kemudahan SHN khusus, dan sebaliknya menjalani SHN 14 hari di tempat penginapan mereka.

Mereka juga harus tinggal sendiri atau hanya bersama isi rumah yang juga menjalani SHN dan ada sejarah perjalanan dan tempoh SHN sama.

Butiran pembayaran balik wang sedang diproses bagi pelawat terjejas oleh perubahan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg