PENGUNJUNG dari Victoria, Australia, perlu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (27 Mei).
Ini adalah sebahagian daripada langkah kawalan sempadan yang diperketatkan Singapura, melihat pada tambahan kes Covid-19 di Victoria.
Peraturan ini akan berkuatkuasa mulai 11.59 pada Sabtu (29 Mei).
Warga Singapura, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang Pas Jangka Panjang yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan di Victoria sepanjang 21 hari sebelum berangkat ke Singapura akan tertakluk pada ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) Covid-19 setibanya di sini.
Mereka juga perlu menjalani SHN selama tujuh hari di kediaman mereka dan mengambil ujian PCR sebelum tamat tempoh SHN.
Pengunjung jangka pendek yang memegang pas kembara udara dengan sejarah perjalanan ke Victoria sepanjang 21 hari sebelum berangkat ke Singapura pula tidak akan dibenarkan memasuki negara ini.
Semua pengunjung lain yang berangkat dari Australia yang telah berada di Australia (kecuali di Victoria) sepanjang 21 hari sebelum kembara akan terus tertakluk pada ujian Covid-19 setibanya di lapangan terbang sebagai gantian SHN, kata MOH.
MOH juga berkata Singapura akan terus mengubah suai langkah sempadannya bagi mengurus risiko mengimport dan menyebar jangkitan Covid-19 kepada masyarakat sedang keadaan sejagat beredar.
Ia menasihati pengunjung agar melungsur laman Kembara Selamat (Safe Travel) di www.safetravel.ica.gov.sg bagi mendapatkan maklumat paling terkini mengenai langkah sempadan sebelum memasuki Singapura serta bersedia untuk akur pada langkah sempadan yang lazimnya digunakan ketika masuk ke negara ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg