Topik diikuti
Pergi ke BHkuShopee manfaatkan potensi ekon digital SG
DPM Heng rasmi ibu pejabat serantau baru enam tingkat Shopee di Kent Ridge
MANFAATKAN POTENSI EKONOMI DIGITAL: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat (tiga dari kiri) berkata pertumbuhan Shopee sejajar dengan rancangan Singapura untuk mengembangkan ekonomi dan meletakkannya sebagai hab rantau ini untuk memanfaatkan potensi ekonomi digital yang semakin meningkat. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
Sep 4, 2019 | 5:30 AM
WADAH beli-belah dalam talian tempatan, Shopee, telah merasmikan ibu pejabat serantau baru enam tingkat di Kent Ridge semalam, sesuai dengan langkah Singapura untuk menuju ke arah sektor ekonomi digital.
Sejak dilancarkan pada 2015, Shopee, yang dimiliki syarikat e-dagang Sea itu, telah berkembang menjadi antara wadah e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dengan operasi di Singapura, Thailand, Malaysia, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Taiwan, lapor The Straits Times (ST).
