Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Si 'cilik pandemik' tak sabar nak beraya...

Apr 22, 2023 | 5:30 AM
HARI RAYA LEBIH MERIAH: (Dari kiri) Upu Jazli Eilhan Shah Upu Jallauddin, Nurul Elena Ezahan, Elisha Azzahra Aizuddin dan Elliyeen Firdaus Zahran dapat betul-betul menyambut Hari Raya Aidilfitri pascapandemik dengan lebih ceria tanpa sebarang sekatan tahun ini. - Foto BH oleh KHALID BABA
HARI RAYA LEBIH MERIAH: (Dari kiri) Upu Jazli Eilhan Shah Upu Jallauddin, Nurul Elena Ezahan, Elisha Azzahra Aizuddin dan Elliyeen Firdaus Zahran dapat betul-betul menyambut Hari Raya Aidilfitri pascapandemik dengan lebih ceria tanpa sebarang sekatan tahun ini. - Foto BH oleh KHALID BABA -

EWAH, ewah, hari ini Hari Raya! Dan istimewanya, tahun ini kita dapat beraya sepuas-puasnya!

Setelah menyambut tiga Hari Raya dalam tahap pandemik Covid-19 yang berbeza, empat anak cilik ini - Upu Jazli Eilhan Shah Upu Jallauddin, Nurul Elena Ezahan, Elisha Azzahra Aizuddin dan Elliyeen Firdaus Zahran - akhirnya dapat merasakan Hari Raya yang lebih meriah dan tanpa sebarang sekatan dalam era pascapandemik 2023.

Dilahirkan sekitar tahap awal pandemik pada lewat 2019 dan 2020, anak-anak kecil ini sudah pun mencapai usia tiga tahun sekarang, namun ada di antara mereka yang masih belum lagi bertemu dengan keluarga besar mereka sehingga hari ini dek Covid-19.

Namun, dengan Singapura memasuki tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) hijau pada 13 Februari lalu, ini bermakna mereka dapat meraikan Lebaran tahun ini dengan penuh riang gembira tanpa sebarang sekatan untuk bersama-sama keluarga mengunjungi sanak saudara tersayang.

Yang pasti, Hari Raya Aidilfitri 2023 'bayi pandemik' ini lebih seronok dan ceria, dengan tali persaudaraan yang lebih erat terjalin.

Di samping itu, koleksi duit Raya mereka tahun ini pasti lebih 'tebal' juga... Ini baru betul-betul Raya!

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg