Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA dan SilkAir perkenalkan struktur tambang penerbangan baru

Dec 15, 2017 | 12:58 PM
STRUKTUR TAMBANG BARU: SIA dan SilkAir akan memperkenalkan struktur harga tambang penerbangan baru mulai 20 Januari 2018.
STRUKTUR TAMBANG BARU: SIA dan SilkAir akan memperkenalkan struktur harga tambang penerbangan baru mulai 20 Januari 2018. - Foto THE STRAITS TIMES

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines dan SilkAir akan memperkenalkan struktur harga tambang penerbangan yang baru mulai bulan depan, kata kedua-dua syarikat itu menerusi satu kenyataan bersama hari ini (15 Disember).

Semakan akan dikenakan bagi pemilihan tempat duduk terlebih dahulu, kadar akruan miles di bawah program frequent flyer, peruntukan bagasi serta kelonggaran perubahan dan pengembalian wang bagi beberapa jenis tambang.

Jenis tambang yang baru itu akan diperkenalkan pada 20 Januari 2018 untuk semua tiket yang dijual di seluruh dunia.

Bergantung pada kelas penerbangan, pelanggan akan mempunyai sehingga tiga jenis tambang penerbangan untuk dipilih.

Ini akan memberi pelanggan pilihan yang lebih jelas bagi menyesuaikan dengan keperluan mereka yang berbeza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg