Premium
SIA guna separuh dari $8.8b dalam 2 bulan
Aug 21, 2020 | 5:30 AM
PERKUKUH LANGKAH KEHIDUPAN SELAMAT: Pekerja asing dan pengendali dormitori akan disediakan latihan dan bahan pendidikan di bawah satu program baru dalam usaha memperkukuh langkah kehidupan selamat di dormitori dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.- Foto FAIL -
SINGAPORE Airlines (SIA) sudah menggunakan setengah daripada $8.8 bilion yang diperolehinya melalui penjualan saham dalam masa hanya dua bulan sambil mengetengahkan bagaimana perbelanjaan syarikat itu terus meningkat semasa pandemik Covid-19 yang turut menghalang pesawat terbang.
Daripada $4.4 bilion yang dibelanjakan sejak pertengahan Jun, $1.1 bilion digunakan untuk menampung kos operasi, perdagangan melindungi nilai bahan minyak yang matang dan pembayaran balik tiket ekoran penerbangan yang dibatalkan dek Covid-19, kata syarikat penerbangan itu kelmarin.

