Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA jana $663j dalam penawaran bon AS$

CEO: Dana akan perkukuh kelebihan kompetitif syarikat, keupayaan bangkit lebih kuat daripada cabaran Covid-19
Jan 15, 2021 | 5:30 AM
KELONGGARAN KEWANGAN: SIA berkata penawaran bon dalam mata wang dolar AS pertamanya akan "memberinya kelonggaran kewangan bagi mencapai pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang, melebihi pandemik Covid-19". - Foto fail
KELONGGARAN KEWANGAN: SIA berkata penawaran bon dalam mata wang dolar AS pertamanya akan "memberinya kelonggaran kewangan bagi mencapai pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang, melebihi pandemik Covid-19". - Foto fail -

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah mengumpul AS$500 juta ($663 juta) dalam penawaran bon dalam mata wang dolar Amerika Syarikat pertamanya, dengan permintaan muktamad mencapai lebih AS$2.85 bilion, kata syarikat itu semalam.

Permintaan tinggi bagi bon itu didorong pelabur institusi bermutu tinggi, yang termasuk pengurus aset wang nyata, kata SIA.

Mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu mereka, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Goh Choon Phong berkata:

"Kami yakin yang ini akan memperkukuh lagi kelebihan kompetitif SIA dalam industri dan memupuk keupayaan kami untuk muncul lebih kuat daripada cabaran yang didatangkan oleh pandemik Covid-19."

Bon bertempoh lima tahun itu, yang memberi kadar faedah tahunan 3 peratus, dijadualkan matang pada 20 Julai 2026.

Ia dijangka dikeluarkan pada 20 Januari, pada harga 99.573 peratus daripada jumlah pokoknya.

Hasil daripada penawaran bon itu akan digunakan untuk pembelian pesawat, pembayaran berkaitan dan tujuan umum lain, termasuk pembiayaan semula pinjaman sedia ada.

SIA berkata penawaran itu "menyediakannya kelonggaran kewangan bagi mencapai pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang, melebihi pandemik Covid-19".

Ia menekankan sekali lagi bahawa syarikat itu akan terus meneroka cara lain bagi memperkukuh kecairannya jika perlu.

Penawaran bon itu akan menyuntik kecairan tambahan sebanyak AS$13.3 bilion yang dikumpul SIA sejak permulaan tahun kewangan 2020/2021.

Ini termasuk penawaran hak sebanyak $8.8 bilion, $2 bilion daripada pembiayaan berjamin, $850 juta menerusi penawaran bon boleh ditukar, lagi $500 juta daripada penempatan privet untuk bon baru selama 10 tahun dan lebih $500 juta melalui pinjaman tidak berjamin bertempoh singkat dan komitmen aliran kredit baru.

Termasuk kredit baru, SIA akan terus mempunyai akses kepada aliran kredit bernilai lebih $2.1 bilion, ujar syarikat itu.

Ia juga telah mengekalkan pilihan, hingga Julai 2021, untuk mengumpul hingga $6.2 bilion dalam bentuk bon boleh ditukar wajib, untuk memperoleh lebih banyak kecairan jika perlu.

Syarikat penerbangan berharap pergerakan akan disambung tahun ini sedang negara-nagara memperkenal program vaksinasi Covid-19.

SIA syarikat penerbangan utama pertama di Asia yang memanfaatkan pasaran hutang global pada tahun ini, menyusuli perjanjian yang dilakukan tergesa-gesa pada separuh kedua tahun lalu, lapor Reuters.

Terdapat 19 perjanjian pada masa itu, yang berjumlah AS$17.62 bilion - terbesar ialah penawaran bernilai AS$6 bilion oleh Delta Air Lines pada September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg