Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA mulakan penerbangan tanpa henti ke Lapangan Terbang JFK, New York 9 Nov

Oct 20, 2020 | 6:14 PM
LALUAN BARU: Syarikat penerbangan Singapore Airlines akan memulakan penerbangan tanpa henti selama tiga minggu sekali ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York bulan depan (November). - Foto BH oleh LIM YAOHUI
LALUAN BARU: Syarikat penerbangan Singapore Airlines akan memulakan penerbangan tanpa henti selama tiga minggu sekali ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York bulan depan (November). - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

KHIDMAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan kembali ke New York pada 9 November 2020 apabila ia melancarkan penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK)

Dengan ia beroperasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa JFK, Singapore Airlines akan lebih dapat memenuhi permintaan menerbangkan penumpang dan trafik kargo ke New York dalam iklim operasi buat masa ini,

Menurut kenyataan SIA pada Selasa (20 Oktober), khidmat tanpa henti SIA ke New York akan disokong bilangan penumpang peralihan yang kian bertambah dan kini dapat singgah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi menerusi khidmat transit.

SIA menambah ia menjangkakan permintaan kargo yang agak banyak daripada pelbagai industri yang berpangkalan di kawasan bandar metropolitan New York termasuk dalam sektor farmaseutikal, firma e-dagang dan teknologi.

"Khidmat baru ini akan menyediakan satu-satunya kaitan kargo udara tanpa henti dari bahagian timur laut Amerika ke Singapura, yang berkhidmat sebagai hab edaran serantau bagi banyak syarikat utama yang berpangkalan di Amerika," katanya.

Dengan laluan baru ini, SIA kini mengendalikan dua khidmat penerbangan tanpa henti ke Amerika.

Satu lagi khidmat merupakan penerbangan ke Los Angeles.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg