Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA lapor kerugian rekod $3.47 bilion bagi separuh pertama 2020

Nov 6, 2020 | 9:17 PM
SIA rugi $2.3 bilion pada suku kedua, lebih seganda berbanding kerugian suku pertama. - Foto fail
SIA rugi $2.3 bilion pada suku kedua, lebih seganda berbanding kerugian suku pertama. - Foto fail -

SINGAPORE Airlines (SIA) melaporkan kerugian bersih suku kedua yang seganda lebih tinggi berbanding kerugian pada suku pertama tahun ini, iaitu $3.47 bilion bagi enam bulan sehingga September.

Kerugian tersebut disebabkan kerosakan pesawat yang lebih tua serta kos pemberhentian kerja $42 juta.

SIA sebelum ini melaporkan kerugian $1.1 bilion pada suku pertama sehingga Jun.

Pada suku kedua, ia rugi $2.3 bilion, lebih seganda berbanding kerugian suku pertama, lapor The Business Times, bukti penangan hebat pandemik Covid-19 terhadap pendapatan syarikat tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg