Premium
SIA sahkan 17 kakitangan positif Covid-19
Kakitangan yang positif bukan berpunca dari satu kelompok; sebahagian sudah sembuh
Apr 24, 2020 | 5:30 AM
KAKITANGAN TAHU TATACARA BETUL: Kapal terbang SIA di landasan Lapangan Terbang Changi pada 16 Mac lalu. Syarikat itu berkata sebagai sebahagian dari tatacara piawaian operasi (SOP), kakitangan tahu mereka harus bertemu doktor dengan serta merta jika berasa kurang sihat dan tidak harus melaporkan diri untuk bertugas. - Foto AFP -
SYARIKAT Penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA), mengesahkan seramai 17 kakitangannya telah diuji positif Covid-19 sejak penularan bermula Mac lalu.
Daripada jumlah itu, 15 terdiri daripada anak kapal dan juruterbang sementara dua lagi adalah kakitangan SIA Engineering Company Limited.

