Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA tambah tempat, hari bagi jamuan di Restaurant A380@Changi

Oct 12, 2020 | 10:46 PM
Tempat tambahan disediakan bagi jamuan makan tengah hari dan malam pada 24, 25 dan 31 Oktober serta 1 November.
Tempat tambahan disediakan bagi jamuan makan tengah hari dan malam pada 24, 25 dan 31 Oktober serta 1 November. - FACEBOOK / SINGAPORE AIRLINES

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah mengumumkan yang ia akan membuka tempat tambahan dalam Restaurant A380@Changi pada dua hujung minggu untuk membolehkan lebih ramai orang makan tengah hari dan malam. Tempat tambahan itu disediakan pada 24, 25 dan 31 Oktober serta 1 November, kata syarikat itu dalam satu catatan di Facebook pada Isnin (12 Okt) malam. Ia juga telah membuka semula senarai menunggu bagi mereka yang terlepas peluang membuat tempahan. Sebelum ini dilaporkan bahawa lebih 900 tempat yang disediakan bagi pengalaman menjamu selera Restaurant A380@Changi pada 24 dan 25 Oktober dijual dalam masa 30 minit setelah dibuka pada Isnin. Pelanggan yang tidak dapat membuat tempahan selepas 12.30 pagi dijemput menyertai senarai menunggu, yang kemudian turut ditutup. Pengalaman itu menawarkan jamuan makan dalam dua pesawat A-380 yang diletakkan di Lapangan Terbang Changi. Harga bagi makan tengah hari selama tiga jam ialah $50 bagi jamuan dalam kabin ekonomi, $90 bagi kabin ekonomi premium, $300 kelas perniagaan dan $600 bagi Suites.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg