Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA terima pesawat yang akan terbang tanpa henti antara Singapura dengan New York

Sep 22, 2018 | 5:54 PM
PENERBANGAN TANPA HENTI: SIA akan menggunakan pesawat Airbus A350-900ULR bagi penerbangan antara Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark di New York mulai 11 Oktober 2018.
PENERBANGAN TANPA HENTI: SIA akan menggunakan pesawat Airbus A350-900ULR bagi penerbangan antara Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark di New York mulai 11 Oktober 2018. - Foto SIA

DALAM tempoh kurang tiga minggu sahaja lagi, penumpang boleh menaiki penerbangan komersil tanpa henti paling lama di dunia antara Singapura dengan New York di Amerika Syarikat.

Menurut Singapore Airlines (SIA) hari ini (22 September), mereka telah pun menerima pesawat Airbus A350-900ULR yang pertama di dunia daripada Airbus.

Pesawat itu akan mula terbang antara Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark di New York pada 11 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA Goh Choon Phong berkata ini saat yang membanggakan bagi syarikat penerbangan itu.

"Pesawat A350-900ULR ini akan memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan kami. Ia akan merangsang daya saing rangkaian kami dan mengembangkan lagi hab Singapura," ujarnya.

Menerusi kenyataannya, SIA berkata penerbangan sejauh 16,700 kilometer itu akan mengambil masa 18 jam 45 minit dan menawarkan 67 tempat duduk Business Class serta 94 tempat duduk Premium Economy Class.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg