Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA umum pemberhentian kerja, 2,400 terjejas

Sep 10, 2020 | 6:55 PM
Setelah mempertimbangkan pembekuan pengambilan pekerja, pemberhentian biasa, dan pemilihan skim pemberhentian sukarela, bilangan staf yang berkemungkinan terjejas sekitar 2,400 di Singapura dan di stesen luar negara.
Setelah mempertimbangkan pembekuan pengambilan pekerja, pemberhentian biasa, dan pemilihan skim pemberhentian sukarela, bilangan staf yang berkemungkinan terjejas sekitar 2,400 di Singapura dan di stesen luar negara. - AFP

KUMPULAN Singapore Airlines (SIA) akan memberhentikan pekerjanya di tengah-tengah kemerosotan akibat Covid-19.

Kakitangan SIA diberitahu semasa pertemuan maya pada Khamis (10 September).

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata: "Kumpulan Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan keputusan sukar untuk mengurangkan sekitar 4,300 jawatan merentas seluruh syarikat penerbangannya. Setelah mempertimbangkan pembekuan pengambilan pekerja, pemberhentian biasa, dan pemilihan skim pemberhentian sukarela, bilangan staf yang berkemungkinan terjejas akan dikurangkan ke sekitar 2,400 di Singapura dan di stesen luar negara.

"Keputusan ini diambil memandangkan laluan pemulihan yang panjang bagi industri penerbangan global disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19, dan keperluan mendesak bagi syarikat penerbangan Kumpulan untuk menyesuaikan diri dengan masa depan yang tidak menentu."
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg