Premium
'Siapa tak nak jaga sendiri, tapi keadaan memaksa...'
May 21, 2017 | 5:30 AM
JANGAAN BAIK DAN RAPI: Encik Mohamed menziarahi Cik Rokiah di Rumah Penjagaan Orange Valley setiap hari dan berkata kakaknya itu mendapat jagaan sangat baik dan rapi di situ. - Foto ZAINAL YAHYA -
BERAT rasa hati Encik Mohamed Amin melepaskan kakaknya untuk dijaga di rumah penjagaan. Namun, itu keputusan terbaik yang terpaksa diambilnya, apatah lagi beliau sendiri berpenyakit.
Pun begitu, tidak sehari berlalu tanpa beliau melawat kakaknya, Cik Rokiah Hamid Amin (bapa mereka mempunyai dua nama), di Rumah Penjagaan Orange Valley cawangan Simei sejak beliau dimasukkan tiga tahun lalu.

