Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siasatan CPIB: Tiada bukti pegawai Muis salah guna kuasa dalam proses iktiraf sijil halal asing

Jun 30, 2021 | 2:00 PM
Pada Disember lalu, Muis berkata ia telah selesai menjalankan siasatan dalamannya mengenai dakwaan proses pengiktirafan sijil halal asing, dan mendapati proses itu dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah.
Pada Disember lalu, Muis berkata ia telah selesai menjalankan siasatan dalamannya mengenai dakwaan proses pengiktirafan sijil halal asing, dan mendapati proses itu dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah. - - Foto fail

BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak menemui bukti yang menyokong dakwaan salah guna kuasa oleh pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berhubung proses pengiktirafan sijil halal asing.

Justeru, tiada tindakan lanjut akan diambil oleh CPIB setelah menyiasat isu berkenaan proses pengiktirafan Muis bagi Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) itu.

Muis memberi perkembangan tentang kes itu dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Jun).

"CPIB telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan lanjut berkenaan tuduhan rasuah melibatkan pegawai Muis memandangkan tiada bukti secukupnya, berdasarkan maklumat yang diberikan pelbagai pihak dan siasatan mereka," kata Muis.

Isu pengiktirafan FHCB mula timbul selepas satu laporan diterbitkan pada 22 April tahun lalu oleh laman berita dalam talian berpangkalan di Hong Kong yang mendakwa Muis bersikap berat sebelah terhadap pihak tertentu dalam proses mengiktiraf FHCB.

Pada Disember lalu, Muis berkata ia telah selesai menjalankan siasatan dalamannya mengenai kes itu, dan mendapati proses pengiktirafan FHCB dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah.

Namun, Muis juga berkata ia telah merujuk perkara itu kepada CPIB untuk siasatan lanjut "demi kepentingan ketelusan dan kebertanggungjawaban".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg