Premium
Ubah kuasa Presiden bukan skop Suruhanjaya
Apr 27, 2016 | 5:30 AM
HARI KETIGA SIDANG AWAM: Suruhanjaya Perlembagaan yang diterajui Hakim Besar Sundaresh Menon (kanan) mendengar saranan daripada empat penyumbang pada hari ketiga sidang awam termasuk berkenaan pembentukan Majlis Presiden, sistem undi yang berbeza dan usaha melindungi perwakilan minoriti. - Foto THE STRAITS TIMES -
PERBINCANGAN mengubah asas kuasa Presiden Dipilih (EP) tidak tertakluk dalam skop perbincangan Suruhanjaya Perlembagaan, kata Hakim Besar (CJ) Sundaresh Menon.
"Jika anda ingin menyarankan kita mengubah secara asas sistem EP menjadi seorang presiden (yang mempunyai kuasa) eksekutif dengan kuasa menerajui agenda, itu terkeluar daripada skop rujukan kami, itu bukan peranan kami dan tiada saranan agar kami melakukannya," jelas beliau yang mengetuai Suruhanjaya Perlembagaan yang ditugaskan menyemak tiga aspek sistem EP.

