Topik diikuti
Pergi ke BHkuSidang kupas masa depan bekalan beras sejagat
Sidang kupas masa depan bekalan beras sejagat
Lawrence Wong: Dunia perlukan sistem pengeluaran makanan yang mesra alam, lebih berdaya tahan terhadap gangguan cuaca
Sidang kupas masa depan bekalan beras sejagat
TINJAU PAMERAN: Encik Wong (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada pegawai dari Sistem Pengairan Jain dari India sempena pembukaan Kongres Beras Antarabangsa semalam. - Foto BH oleh JONATHAN CHOO -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 16, 2018 | 5:30 AM
PENGELUARAN beras, antara tanaman paling penting di dunia, menghadapi masalah besar seperti pertumbuhan perlahan dan perubahan iklim, yang boleh mengakibatkan harga beras meningkat lebih 30 peratus pada 2050.
"Kita memerlukan perubahan besar dalam sistem pengeluaran beras dan makanan kita supaya ia lebih berdaya tahan terhadap gangguan cuaca, dan juga mengurangkan pelepasan wasap kilang dan kesannya kepada alam sekitar," kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong semalam.
