Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sidang perpaduan masyarakat diadakan semula

Jul 30, 2022 | 5:30 AM
Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong (kanan) diwawancara Ketua Editor Bloomberg News Encik John Micklethwait. - Foto MOF
Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong (kanan) diwawancara Ketua Editor Bloomberg News Encik John Micklethwait. - Foto MOF -

PERSIDANGAN Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) diadakan semula buat kali pertama sejak pandemik melanda negara ini.

Ia dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 8 September.

Persidangan itu, yang bermula pada 2019, bertujuan mengumpulkan pengamal, penggubal dasar, pemimpin masyarakat, dan agama dari serata dunia untuk membincangkan mengenai tema-tema tentang membina perpaduan sosial dan keharmonian antara agama.

Mengulas tentang ICCS, Presiden Halimah Yacob berkata dalam satu pos Facebook semalam bahawa persidangan itu bertujuan meneroka cara merapatkan jurang perbezaan dan memanfaatkan kepelbagaian.

"Dengan masyarakat menjadi tertekandisebabkan kesan pandemik global, sudah tiba masanya untuk mengambil kira cara kita boleh kekal terhubung sebagai masyarakat, sambil yakin akan identiti kita," ujar beliau.

Kali terakhir ICCS diadakan tiga tahun lalu dan ia menarik lebih 1,000 peserta, termasuk penggubal dasar dan cendekiawan dari lebih 40 negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg