Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sidang Puncak Amerika-Korea Utara diisytihar Acara Khas Keselamatan Dipertingkat

Individu dan kenderaan boleh jangka pemeriksaan polis di Sentosa dan sebahagian Orchard Road dari 10-14 Jun
Jun 6, 2018 | 12:42 PM
Hotel Capella di Sentosa in berada dalam Kawasan Acara Khas
Hotel Capella di Sentosa in berada dalam Kawasan Acara Khas - Fail ST

Sidang Puncak antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara telah diisytihar sebagai Acara Khas Keselamatan Dipertingkat dan pihak berkuasa di Singapura akan melaksanakan tindakan keselamatan ketat di tempat sidang puncak itu diadakan dan di kawasan sekelilingnya.

Bercakap kepada media pada 6 Jun, Pengarah Operasi Keselamatan bagi Sidang Puncak itu, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) How Kwang Hwee berkata pihak awam boleh menjangka tindakan keselamatan dipertingkat antara 10 dengan 14 Jun.

"Polis akan mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas individu, kenderaan dan kapal, yang memasuki kawasan yang diperuntuk khas itu dan di kawasan di sekelilingnya," kata SAC How.

Dalam kenyataannya, polis berkata dua kawasan - di Orchard Road dan Sentosa - telah diperuntuk sebagai Kawasan Acara Khas.

Di dalam dua kawasan ini, beberapa kawasan, seperti jambatan masuk ke Sentosa dan beberapa pantai di pulau itu, serta beberapa kawasan di Orchard Road, pula diperuntuk sebagai Zon Khas, membenarkan polis mengadakan pemeriksaan ke atas individu dan kenderaan yang memasukinya.

Sidang Puncak Amerika-Korea Utara itu dijadual berlangsung pada 12 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg