SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sidek Saniff terima gelaran Datuk Seri

Sidek Saniff terima gelaran Datuk Seri

Jul 13, 2019 | 6:13 PM

Sidek Saniff terima gelaran Datuk Seri

Mantan Menteri Negara Kanan, Encik Sidek Saniff. FOTO: LIM SIN THAI
Mantan Menteri Negara Kanan, Encik Sidek Saniff. FOTO: LIM SIN THAI -

MANTAN Menteri Negara Kanan Sidek Saniff akan menerima anugerah dan gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun ke-81 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Abdul Rahman Abbas. Menurut laporan Free Malaysia Today, Encik Sidek di kalangan 877 individu yang akan menerima anugerah, darjah dan pingat dalam upacara yang bermula hari ini dan disambung pada Isnin hingga Rabu hadapan.

Difahamkan, Encik Sidek, mantan Anggota Parlimen dan Menteri Negara Kanan Pendidikan, akan dianugerahi Darjah Gemilang Pangkuan Negeri kehormat (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri. Bermula sebagai Anggota Parlimen pada tahun 1976, beliau menaiki tangga kepimpinan dan menjadi Menteri Negara Kanan Pendidikan dan kemudian Sekitaran dalam tempoh dari tahun 1996 hingga 2001. Encik Sidek memainkan peranan penting di sebalik pelbagai gerakan membantu masyarakat Melayu/Islam Singapura, termasuk pembentukan Yayasan MENDAKI.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg