Sikap tenang eksekutif khidmat pesakit Hospital Besar Changi diiktiraf
Premium
Sikap tenang eksekutif khidmat pesakit Hospital Besar Changi diiktiraf
Jan 24, 2024 | 5:30 AM
SIKAP TENANG DIIKTIRAF: Cik Nennie Fadillah Hasnawi, 45 tahun, salah seorang penerima Anugerah Superstar di Anugerah Perkhidmatan Kesihatan Bermutu Singapura (SHQASA) 2024 pada 23 Januari. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Walau berdepan suasana tegang dan sibuk bertugas di jabatan kecemasan Hospital Besar Changi (CGH), Cik Nennie Fadillah Hasnawi tidak pernah menunjukkan kemarahan, sebaliknya sentiasa bersikap tenang demi pesakit dan rakan-rakan sekerjanya.
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam sektor penjagaan kesihatan, pegawai eksekutif bersekutu perkhidmatan pesakit (PSA) berusia 45 tahun itu tetap tenang meskipun menghadapi apa jua masalah di unit itu.
Laporan berkaitan
Jaga datuk dorong jururawat bakti pada masyarakatMay 15, 2023 | 5:07 PM
Sokongan perubatan, psikososial bagi warga emas perlu diperkukuhJan 7, 2024 | 11:28 AM


