Topik diikuti
Pergi ke BHkuSimbah minuman pada anggota polis: Wanita ditahan
Simbah minuman pada anggota polis: Wanita ditahan
Simbah minuman pada anggota polis: Wanita ditahan

SEORANG wanita telah ditahan selepas menyimbah minuman yang dipercayai arak pada anggota polis yang membantu memindahkan beberapa pengunjung pesta semasa acara ZoukOut di Sentosa pada 4 Disember lalu.
Wanita berusia 32 tahun itu ditahan kerana didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang pegawai daripada menjalankan tugas mereka, kata polis semalam.
Pada kira-kira 2.20 pagi pada 4 Disember lalu, polis telah dimaklumkan mengenai pentas VIP yang tenggelam semasa acara ZoukOut di Pantai Siloso Sentosa.
Insiden itu berlaku ketika pegawai sedang memindahkan pengunjung pesta yang terjejas.
Pegawai dari Divisyen Polis Clementi mengenal pasti identiti wanita itu melalui siasatan di tempat kejadian, rakaman dron polis yang digunakan dalam acara itu, dan kamera badan pegawai.
Dia kemudiannya ditahan pada 7 Disember. Siasatan polis sedang dijalankan.
Kesalahan menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya membawa hukuman penjara sehingga empat tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Dalam kenyataannya, polis menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan keganasan yang tidak beradab terhadap pegawai polis atau penjawat awam yang menjalankan tugas mereka.
