SEPERTI ramai anak muda ketika ledakan Internet pada lewat 1990-an, Encik Nasri Othman menyimpan impian mahu menjadi seorang 'techie' kerana menganggapnya sebagai kool.

Namun, lama-kelamaan beliau sedar bahawa kemahirannya dalam teknologi maklumat dapat dimanfaatkan bagi 'membina' sesuatu yang boleh meninggalkan kesan lebih mendalam dan berguna kepada masyarakat.